Soalan :
1. Saya telah hamil tiga bulan, tiba tiba keluar darah dari rahim saya. Saya telah berjumpa doktor dan doktor menyatakan, mungkin saya akan keguguran.
Soalan saya, adakah saya masih diwajibkan solat dalam keadaan demikian ? kalau wajib bagaimana cara saya bersuci ? Adakah saya diwajibkan mandi ?
Jawapan :
Darah itu dihukumkan sebagai darah penyakit. Oleh itu anda dikira tidak uzur, masih wajib menunaikan solat. Apabila telah masuk waktu bersihkanlah darah anda dan pakailah cawat supaya tidak menitis keluar, kemudian ambillah wuduk dan terus tunaikan solat.
Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan