Pages - Menu

Sabtu, 25 Januari 2014

Bolehkah kita amalkan ajaran melalui mimpi ?

Soalan ;
Bolehkah kita beramal dengan ajaran yang didapati melalui mimpi ?

INGIN TAHU, Perlis





Jawapan;
Mimpi yang benar dan boleh dijadikan sumber pengajaran hanya mimpi yang berlaku pada diri Rasulullah s.a.w. Kemudian, harus diketahui bahawa sumber pengajaran dan pegangan hidup bagi umat islam adalah dari al-Quran, al-Hadis, Qias dan Ijmak Ulamak. Adapun mimpi tidak termasuk dalam senarai sebagai pengajaran dalam islam.
Ajaran Islam telah lengkap dan sempurna. Ia tidak perlu ditokok tambah lagi. Orang yang suka menokok tambah ajaran Islam menerusi mimpi dan sebagainya adalah amat dikutuk oleh Allah dan Rasul-Nya. Dia dianggap sebagai tukang buat bidaah.
Islam juga bersih dan kukuh nilai pengajarannya, jika ia dicampur adukkan dengan mimpi atau khayalan maka dikhuatiri kemurnian dan kekukuhan nilai ajarannya akan tergugat, dari sinilah sebenarnya antara faktor wujudnya ajaran sesat.

Tiada ulasan: