Pages - Menu

Jumaat, 13 Februari 2015

Rahsia zikir 70,000

Soalan
Benarkah jika sekiranya kita berzikir sebanyak 70,000 kali maka kita akan terlepas dari azab neraka di akhirat?

Khairul S,
Kampung Pandan, KL




Jawapan.
Menurut ahli hadis, tidak ada sandaran tentang zikir 70,000 itu boleh melepaskan diri dari azab neraka.
Oleh itu kepercayaan yang menyatakan bahawa berzikir 70,000 itu akan melepaskan pengamalnya dari azab neraka tidak berdasarkan dalil dari sunnah yang sahih.
Lagipun, ianya jelas bertentangan dengan ketetapan agama, bahawa seseorang yang mendapat ganjaran baik di akhirat adalah terdiri dari mereka yang mematuhi perintah Allah dan ringan hati dalam mengerjakan kebajikan.
Ulamak menegaskan, bahawa berdasarkan dalil sunnah, berzikir itu pasti mendapat pahala. Namun hanya berzikir sahaja tanpa melakukan hal hal yang menjadi tanggungjawab seseorang penganut Islam, seperti taat pada rukun rukun Islam, tidaklah mungkin seseorang itu terlepas dari azab neraka.
Oleh itu janganlah tergoda dengan kepercayaan yang tidak ada dalil yang terang dan nyata itu. Sesiapa sahaja yang mengharapkan balasan baik di akhirat, seharusnya mematuhi perintah Allah dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah syarak.

Tiada ulasan: