Pages - Menu

Rabu, 27 Februari 2013

Cerai, siapa patut bayar zakat fitrah.


Soalan :

1. Siapakah yang bertanggungjawap mengeluarkan zakat fitrah ke atas seorang anak jika ibu bapanya telah bercerai dan anak itu tinggal bersama ibunya.

2. Berhubungan dengan perkara di atas jika ibu beranggapan (difahaminya) zakat si anak itu wajib dikeluarkan oleh si bapa, tetapi si bapa pula beranggapan perkara itu menjadi kewajipan si ibu. Jadi zakat fitrah ke atas anak itu tidak di keluarkan sehingga ia menjadi tanggung jawap anak itu sendiri. Apakah hukumya ke atas ibu dan bapa ini.




Jawapan :

1. Walaupun telah bercerai adalah menjadi tanggungjawap ayah untuk mengeluarkan zakat fitrah untuk anaknya. Bagaimanapun jika si anak itu tinggal bersama ibunya dan si ibu mahu mengeluarkan fitrah itu boleh juga dilakukan.

2. Ibu bapa yang tidak mengeluarkan zakat fitrah untuk anaknya adalah berdosa kerana membayar zakat fitrah itu adalah wajib.

Tiada ulasan: