Pages - Menu

Isnin, 25 Februari 2013

Membilas pakaian untuk sembahyang.


Soalan :

1. Ada seseorang memberitahu saya, bahawa pakaian yang tidak bersiram (iaitu melakukan air yang bersih selepas dibasuh) adalah tidak sah sembahyang. Adakah itu betul ?

2. Bagaimana pula pakaian yang dibasuh dengan mesin basuh ? Tolong beri penjelasan selengkapnya.

Yang Musykil, Besut Terenganu




Jawapan :

1. Pakaian yang hendak digunakan untuk sembahyang memang wajib dibersihkan dengan sempurna iaitu dengan membilasnya dengan air bersih.

Ini adalah jelas kerana ketika menunaikan sembahyang pakaian kita hendaklah betul betul bersih. Jika dibasuh tanpa bilasan air bersih dibimbangi kekotoran tidak dapat dibersihkan.

2. Pakaian yang dibasuh dengan mesin cuci boleh digunakan untuk bersembahyang sekiranya dibilas dengan air bersih. Mesin cuci boleh membilas dengan air bersih.

Tiada ulasan: