Pages - Menu

Khamis, 28 Februari 2013

Suruh orang, tapi dia tak buat


Soalan :

1. Apakah hukumnya seseorang itu memakai bauan wangi yang tidak disukai oleh orang lain, sedangkan kita disunatkan memakai bauan wangi ketika sembahyang ?

2. Apakah hukumnya jika seseorang itu menyuruh orang lain sembahyangkan hajat untuknya sedangkan ianya tidak ikut serta dalam sembahyang itu ?

Hamba Allah yang daif, K.K

 


Jawapan :

1. Bauan wangi adalah kegemaran Rasulullah dan fitrah semula jadi manusia pun sukakan perkara yang wangi. Tetapi kalau ada orang yang tidak suka kepada yang wangi ini adalah satu perkara yang luar biasa. sebenarnya minyak wangi yang digemari Rasulullah hanyalah yang berbau lembut dan harum lagi menyegarkan.

Ertinya bauan yang busuk sudah tentu dibenci oleh baginda. Memakai bauan yang busuk (tidak lembut) akan menyebabkan orang benci adalah satu dosa yang mesti dihindarka sama ada di dalam sembahyang mahupun di luar sembahyang.

2. Sebaik baiknya orang empunya diri lebih tahu hajatnya, oleh itu lebih sesuailah dia sendiri yang bersembahyang hajat untuknya. Di samping itu untuk lebih berkat bolehlah diminta bantuan jemaah (orang ramai) untuk bersama sama bersembahyang hajat, moga moga cepat tercapai hajat kita itu. kadang kadang empunya diri tidak pandai dan dia kenal dirinya yang doanya tidak akan dilayan oleh Allah kerana banyak dosa bolehlah meminta tolong orang lain bersembahyang hajat untuknya secara beramai ramai ( bukan berjemaah) semoga di dalam ramai ramai itu ada doa yang Allah dengar doanya. Mereka adalah orang soleh dan para wali yang doa mereka pasti dikabulkan.

Tiada ulasan: