Pages - Menu

Isnin, 25 Februari 2013

Tinggalkan sembahyang kerana suami


Soalan :

1. Apakah hukumnya seorang isteri meninggalkan sembahyang kerana melayan suaminya umpamanya menyediakan makanan suami serta melayani (hubungan suami isteri).

2. Apakah hukumnya bagi orang Islam yang bekerja sebagai pembantu rumah di rumah orang yang bukan Islam. ia masakkan makanan yang haram (daging babi) pada majikannya tetapi tidak memakan makanan haram tadi.

Suriya Murni, Tawau, Sabah.


Jawapan :

1. Sembahyang adalah satu kewajipan, salah satu rukun Islam. Tidak ada apa apa alasan yang boleh diterima untuk meninggalkan ibadat ini

walaupun terpaksa melayan suami menyediakan makanan dan lain lain layanan, ini bukanlah merupakan halangan untuk isteri melakukan sembahyang.

Sembahyang tetap wajib walaupun apapun tugas atau khidmat yang kita lakukan.

2. Orang Islam boleh bekerja sebagai pembantu rumah di rumah orang bukan Islam, tetapi dia tidak boleh melakukan perkara perkara yang bertentengan dengan Islam.

Tiada ulasan: