Pages - Menu

Selasa, 26 Februari 2013

Siapa berhak ambil anak selepas cerai ?


Soalan :

1. Seandainya berlaku penceraian antara suami isteri dan mereka mempunyai anak, siapakah yang berhak memelihara anak itu ?

Harap mendapat penjelasan yang ternag beserta dengan nas nas daripada al-Quran atau Hadis.





Jawapan :

1. Menurut hukum Islam, apabila berlaku penceraian antara suami isteri sedangkan mereka mempunyai anak, maka ibu lebih berhak memelihara anak itu. Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
(seseorang ibu mengadu kepada Baginda) " Wahai Rasulullah, bahawasanya anakku ini perutkulah yang mengandungkannya, asuhankulah yang mengawasinya, air susukulah minumannya, bapanya hendak mengambil daripadaku." (Mendengar demikian) Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selama engkau belum berkahwin." (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud).

Ulama Syafii sepakat mengatakan anak itu lebih berhak dijaga oleh ibunya jika anak itu masih berumur tujuh tahun ke bawah, tetapi jika lebih tujuh tahun maka tidak ada sesiapa pun antara ibu dan bapa yang lebih berhak menjaganya.

Dalam keadaan demikian terserah kepada anak itu sendiri untuk membuat pilihan sama ada ibu atau bapanya. Telah diriwayatkan seorang perempuan mengadu kepada nabi maksudnya :
"Wahai Rasulullah, bahawa suamiku hendak membawa anakku. Anakku itu berguna kepadaku dan dia memberi minuman kepada ku daripada perahan air anggur." Tiba tiba ketika itu datang suaminya. Nabi s.a.w bersabda :
"Wahai anak, ini bapamu dan ibumu. Peganglah tangan salah seorang yang engkau sukai.: Maka anak itu memegang tangan ibunya, lalu ibu itu pun membawa anak itu.


Tiada ulasan: