Pages - Menu

Khamis, 28 Februari 2013

Hukum kanak kanak berjual beli



Soalan :

1. Apakah hukumnya kita menyuruh anak kecil untuk membeli barang keperluan harian ? Sahkan jual beli yang dilakukan oleh kanak kanak itu ?

Sutris Amijaya, Kuching, Sarawak



Jawapan :

1. Salah satu syarat sah jual beli bahawa sama ada penjual atau pembeli hendaklah sudah mencapai peringkat baligh. Anak kecil tidak sah jual belinya. Adapun anak yang sudah mumaiyiz (cerdik) tetapi belum baligh menurut setengah ulamak, bahawa mereka dibolehkan berjual beli khusus pada barang barang yang kecil, kerana kalau tidak dibolehkan tentulah mendatangkan kesulitan dan kesukaran pada hal Islam sekali kali tidak mengadakan peraturan yang menyusahkan pemeluknya.

Ada disebutkan di dalam Kitab Kifayah Al-Akhyar I halaman 147 :
"sebahagian daripada umumul-balwa (perkara keji yang tidak boleh dielak dan dimaafkan) ialah menyuruh anak anak kecil untuk membeli barang keperluan dan amalan itu sudah menjadi kebiasaan di mana mana tempat, dan kadang kadang keadaan memaksa ke arah yang demikian. Apabila terjadi hal seperti itu, sayugialah dikiaskan hal itu seperti masalah mu'atah (yakni hukum beri memberi) apabila hukum itu berjalan menurut uruf (sudah menjadi kebiasaan), sedang ia telah dikira adalah saling reda-meredai. Sesungguhnya mughibat, yakni wanita wanita yang ditinggalkan suami mereka kerana berperang, mereka menyuruh anak anak perempuan kecil dan jua anak anak lelaki pada zaman pemerintahanSaiyidina Umar ibn al-Khattab r.q untuk mebeli barang barang keperluan, maka beliau tidak melarangnya. Demikian juga hal itu berlaku pada zaman zaman yang lainnya daripada ulama salaf dan khalaf."

Wallahu a'lam

Tiada ulasan: