Pages - Menu

Khamis, 29 Januari 2015

Keluar rumah tanpa izin

Soalan
Isteri telah keluar rumah ketika suami tiada ada di rumah dan tidak pula meminta izin terlebih dahulu. Apakah si isteri itu berdosa atau tidak ?

Hafizah,
Kota Tinggi, Johor.


Antara tamu dan sembahyang

Soalan
Kita mahu mengerjakan sembahyang, tiba tiba tamu datang. Mestikah kita menghormati tamu terlebih dahulu seperti melayaninya berbual dan menyediakan minuman buat mereka sebelum mengerjakan ibadat itu?

Yang Ingin Tahu,
Port Dickson, N.S


Emak tidak mengaku anak

Soalan.

1.Adakah emak saya berdosa tidak mengakui saya ini anaknya walaupun dengan tidak sengaja ataupun berpura pura sedangkan saya ini anaknya yang saha.

2. Mendengar perkataan itu saya terlalu marah dan benci dengan perbuatannya itu. Adakah saya berdosa.

Rubiah Seman,
Kuala Lumpur.

Adat bertamu

Soalan
1. Seseorang menjadi tetamu kepada seseorang rakannya. Soalannya berapa lamakah seseorang itu boleh tinggal untuk sementara.

2. Bolehkah seseorang khunsa yang telah menukarkan jantinanya berkahwin?

Amy Roy, Jelebu Negeri Sembilan

Rabu, 28 Januari 2015

Kata-kata kasar semasa marah anak sendiri.

Soal
1. Saya ada seorang kawan yang mempunyai ibu. Ibunya selalu memarahi kawan saya itu dengan menyebut perkataan sial, celaka, anak sundal dan sebagainya. Apakah hukum atau berdosakah ibu itu?

2. Anaknya pula yang ada berpelajaran dan berpendidikan agama telah menegah percakapan ibunya dan adakalanya terkasar bahasa. Apakah anaknya itu secara kebetulan menasihati ibunya turut berdosa?

Khalis
Bahau, Negeri Sembilan

Menuduh gadis tidak suci.

Soal
Apakah hukum orang yang menuduh seorang gadis suci telah menyerahkan kegadisannya kepada kekasihnya. Sedangkan gadis dan kekasihnya tidak pernah melakukannya. Lantaran dari tuduhan itu si gadis telah disingkirkan oleh keluarga dan dicemuh oleh masyarakat sekelilingnya

Adam Haji Salim
Kuching, Sarawak.