Pages - Menu

Selasa, 3 Februari 2015

Sembahyang kada wajib ditunaikan

Soalan
1. Benarkah sembahyang kada tidak wajib dilakukan?
2. Benarkah mandi hadas besar  (junub)  tidak wajib dilakukan sekiranya kita membasuh salah satu dari tangan kita dengan niat seperti mandi hadas selepas saja kita bersetubuh ?
3. Bilakah niat mandi hadas dilakukan ? Adakah selepas dibersihkan kekotoran yang melekat di badan atau ketika menjiruskan air ke badan ?

Azaharul Anuar, Seberang Prai.




Jawapan
1. Tidak benar kerana orang yang meninggalkan sembahyang lima wakti wajib di kadakan sama ada ditinggalkan dengan sengaja atau tertinggal sembahyang lima waktu dengan tidak sengaja seperti tertidur atau terlupa wajib mengkada dan orang yang meninggalkan dengan sengaja dan wajib mengkada
2. Tidak benar kerana mandi wajib atau hadas besar itu hendaklah dengan niat mandi dan menjiruskan air ke seluruh badan tanpa terkecuali.
3. Niat mandi junub atau mandi hadas besar ialah ketika sudah selesai menghilangkan segala kekotoran yang ada di badan dan ketika menjiruskan air ke badan.

Tiada ulasan: