Pages - Menu

Khamis, 29 Januari 2015

Adat bertamu

Soalan
1. Seseorang menjadi tetamu kepada seseorang rakannya. Soalannya berapa lamakah seseorang itu boleh tinggal untuk sementara.

2. Bolehkah seseorang khunsa yang telah menukarkan jantinanya berkahwin?

Amy Roy, Jelebu Negeri Sembilan





Jawapan
1. Seseorang tetamu yang bertandang ke rumah rakan atau saudara sebaik-baiknya tinggal tidak lebih daripada tiga hari. Sekiranya lebih daripada tiga hari ia dianggap sebagai sunat saja. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud, daripada Abu Syurih, daripada Nabi Muhammad S.A.W bersabda.
"(Dianggap hak) tetamu tiga hari saja dan yang lebih daripada itu hanya sebagai sedekah"

2. Sebelum berkahwin hendaklah jelas bahawa khunsa itu adalah asal daripada wanita. Jika demikian bolehlah ia berkahwin. Sebagaimana kita tahu khunsa itu terbahagi kepada dua iaitu khunsa yang mirip kepada wanita dan lelaki. Jika lelaki hendaklah ia berkahwin sebagai suami begitu juga sebaliknya. Mereka boleh berkahwin setelah menukarkan jantina jika doktor menasihatkan boleh berkahwin kerana hormon dan alat kelaminnya boleh berfungsi 


Tiada ulasan: