Pages - Menu

Khamis, 29 Januari 2015

Antara tamu dan sembahyang

Soalan
Kita mahu mengerjakan sembahyang, tiba tiba tamu datang. Mestikah kita menghormati tamu terlebih dahulu seperti melayaninya berbual dan menyediakan minuman buat mereka sebelum mengerjakan ibadat itu?

Yang Ingin Tahu,
Port Dickson, N.S





Jawab
Melayani tamu itu dengan ramah merupakan sikap seorang muslim. Tapi seorang muslim juga begitu berdisiplin dalam menunaikan ibadat wajib. Ertinya bila tiba waktu segera ditunaikan kewajipan beribadat itu. Tidak berlengah-lengah dan tidak bermalas malas serta berleka.

Adapun menghormati tamu tidak semestinya mengabaikan sembahyang. Sambutlah tetamu kemudian minta diri untuk menunaikan ibadat. Selepas itu barulah beramah mesra. Kebanyakkan kita segan hendak meminta dan menunaikan ibadat apabila tamu datang. Ini sikap yang salah.

Tiada ulasan: