Soal
1. Saya ada seorang kawan yang mempunyai ibu. Ibunya selalu memarahi kawan saya itu dengan menyebut perkataan sial, celaka, anak sundal dan sebagainya. Apakah hukum atau berdosakah ibu itu?
2. Anaknya pula yang ada berpelajaran dan berpendidikan agama telah menegah percakapan ibunya dan adakalanya terkasar bahasa. Apakah anaknya itu secara kebetulan menasihati ibunya turut berdosa?
Khalis
Jawab
1. Memarahi anak sendiri dengan kata kata kesat seperti itu adalah ditegah oleh agama Islam. Islam tidak mahu seseorang itu berkasar dalam kata kata dan perbuatan. Ibu tersebut berdosa.
2. Tidak salah anak tersebut menasihati ibunya supaya tidak bercakap bahasa dan kata kata kesat tersebut. Sebaliknya jika anak itu juga berkata kasar ketika menasihati ibunya, anak itu juga adalah berdosa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan