Pages - Menu

Rabu, 28 Januari 2015

Mengapa wanita diharamkan bersatu semasa haid?

Ustazah,
Saya ingin tahu mengapakah Islam mengharamkan suami bersatu dengan isterinya semasa haid?
Apakah hal itu disebabkan oleh kesihatan?
Jika sekiranya benar disebabkan kesihatan, saya ada membaca sebuah buku dari seorang pakar yang mengatakan darah haid tidaklah merbahaya.

Salman Harun,
Seremban, NS 




Jawab
Saudara,
Tentang pandangan Islam terhadap bersatu dengan isteri semasa isteri dalam haid atau datang bulan, memanglah diharamkan. Namun kita haruslah sedar, bukan agama Islam saja yang mengharamkan bersatu semasa haid, malah agama Yahudi lebih ketat lagi.

Misalnya kita boleh mempelajari tentang bertapa ketatnya agama Yahudi di dalam menyekat dari suami bersatu dengan isteri yang sedang haid. Sebuah hadis dari Anas bin Malik, bahawa orang-orang Yahudi, apabila isterinya haid, mereka tidak makan bersama-sama dengannya dan tidak mahu tinggal bersama-sama di dalam rumah. Lalu sahabat-sahabat Nabi S.A.W bertanya,kemudian Allah menurunkan firmannya : 
"Dan mereka berdatang kepadamu tentang(hukum) haid, katakanlah dia itu kotor, kerana itu jauhilah perempuan-perempuan yang sedang haid....." Lalu Rasulullah  S.A.W bersabda "Berbuatlah apa saja kecuali bersetubuh" Dan di dalam satu lafaz dikatakan 'kecuali jimak'.

Jelas di dalam hadis ini menunjukkan agama Yahudi lebih ketat pantang larangnya apabila isteri sedang haid. Orang Yahudi tidak akan bersama dengan isterinya apabila mereka sedang haid. Tetapi mengikut satu hadis lain. Rasulullah pernah bersama-sama tidur dengan isterinya yang sedang haid.

Para ulamak bersepakat bahawa berpeluk, bercium-ciuman dan raba meraba dengan isteri yang sedang haid itu diperbolehkan oleh Islam. Cuma ulamak berselisih pendapat tentang bermain di tempat antara lutut dan pusat perempuan. Ada pendapat yang menyatakan haram dan ada pendapat yang menyatakan makruh. Dan ada pula pendapat yang menyatakan boleh kalau sekiranya orang itu sanggup menahan diri. Tapi yang berpendapat haram adalah merupakan kebanyakkan ulamak.

Tentang pandangan saudara bahawa ada pendapat pakar yang saudara baca menyatakan tidak ada apa apa bahaya ataupun mudarat sekiranya seseorang itu mengadakan hubungan dengan isterinya yang sedang haid. Saudara tidak membaca banyak buku buku berkenaan dengan hal ini. Sebenarnya di barat juga masih ada percanggahan pendapat. Ada yang menyatakan bahaya. Dan saya juga ingin menyatakan bahawa hujah manusia tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalalkan larangan Allah.

Contoh kelemahan manusia dalam merumuskan apa yang baik dan apa yang buruk, dapat kita lihat dari soal hubungan seks sejenis. Di negara barat muncul tuntutan supaya hubungan seks sejenis itu dihalalkan oleh negara. Tapi lihat apa yang terjadi sekarang? Wabak AIDS merebak sehingga ditakuti di negara kita juga. Dan punca penyakit AIDS ini adalah hubungan seks sejenis. Setiap larangan Allah yang jelas dan terang yang tidak boleh dipertikaikan lagi, seharusnya diyakini mempunyai berbagai-bagai hikmat di dalam larangan itu.

Tiada ulasan: