Pages - Menu

Selasa, 10 Februari 2015

Apakah erti mufarrakah?

Soalan

1. Apakah mufarrakah ?
2. Yang mana lebih afdal, sembahyang berjemaah di masjid  tetapi imamnya tidak melaksanakan peraturan tutup aurat terhadap isteri dan anak perempuannya, atau sembahyang di rumah sahaja bersama ahli keluarga.

Mohd Akhbar b. Ahmad,
Kg. Baru, Negeri Sembilan.

Selasa, 3 Februari 2015

Sembahyang kada wajib ditunaikan

Soalan
1. Benarkah sembahyang kada tidak wajib dilakukan?
2. Benarkah mandi hadas besar  (junub)  tidak wajib dilakukan sekiranya kita membasuh salah satu dari tangan kita dengan niat seperti mandi hadas selepas saja kita bersetubuh ?
3. Bilakah niat mandi hadas dilakukan ? Adakah selepas dibersihkan kekotoran yang melekat di badan atau ketika menjiruskan air ke badan ?

Azaharul Anuar, Seberang Prai.

Pakai benih lelaki lain, apakah zina?

Soalan
Seorang wanita mendapati suaminya mandul, lalu dia menanamkan mani lelaki lain sehingga mengandung. Apakah itu dikira perbuatan zina ?

Aliza Saidi,
Petaling Jaya.

Khamis, 29 Januari 2015

Keluar rumah tanpa izin

Soalan
Isteri telah keluar rumah ketika suami tiada ada di rumah dan tidak pula meminta izin terlebih dahulu. Apakah si isteri itu berdosa atau tidak ?

Hafizah,
Kota Tinggi, Johor.


Antara tamu dan sembahyang

Soalan
Kita mahu mengerjakan sembahyang, tiba tiba tamu datang. Mestikah kita menghormati tamu terlebih dahulu seperti melayaninya berbual dan menyediakan minuman buat mereka sebelum mengerjakan ibadat itu?

Yang Ingin Tahu,
Port Dickson, N.S


Emak tidak mengaku anak

Soalan.

1.Adakah emak saya berdosa tidak mengakui saya ini anaknya walaupun dengan tidak sengaja ataupun berpura pura sedangkan saya ini anaknya yang saha.

2. Mendengar perkataan itu saya terlalu marah dan benci dengan perbuatannya itu. Adakah saya berdosa.

Rubiah Seman,
Kuala Lumpur.