Pages - Menu

Rabu, 28 Januari 2015

Tak boleh sembahyang sunat setelah iqamat

Ustazah,
Apakah sewaktu kita memasuki masjid dan tok bilal telah iqamah, diperbolehkan lagi kita sembahyang sunat tahiyyatul masjid ?

Zaharah Zaidi, Alor Setar, Kedah. 

Mengapa wanita diharamkan bersatu semasa haid?

Ustazah,
Saya ingin tahu mengapakah Islam mengharamkan suami bersatu dengan isterinya semasa haid?
Apakah hal itu disebabkan oleh kesihatan?
Jika sekiranya benar disebabkan kesihatan, saya ada membaca sebuah buku dari seorang pakar yang mengatakan darah haid tidaklah merbahaya.

Salman Harun,
Seremban, NS 

Masuk masjid ikut pintu belakang

Soalan 
Benarkah masuk masjid di hari jumaat itu mesti melalui pintu hadapan ?
Dan sekiranya begitu, bagaimanakah pula dengan kaum wanita yang ingin menunaikan sembahyang jumaat memasuki pintu belakang ?

Asliyah,
Masai, Johor

Sabtu, 25 Januari 2014

Apa itu Hadis Qudsi ?

Soalan:
Apakah pula maksud Hadis Qudsi?

Jawapan:
Hadis Qudsi ialah firman Allah yang disampaikan erti dan maksudnya oleh Rasulullah s.a.w dengan menggunakan susunan perkataan baginda sendiri. Hadis Qudsi berbeza dengan al-Quran kerana al-Quran itu firman Allah, sama ada di segi isi kandungannya mahupun susunan ayat-ayatnya, sedangkan Hadis Qudsi isi kandungannya saja daripa Allah tetapi susunan ayatnya daripada baginda sendiri

Isteri lebih banyak keluarkan belanja

Soalan

1.Seorang yang bekerja di tempat yang jauhnya lebih daripada dua marhalah dari kediamannya. Dia terpaksa berulang-alik dari rumah ke tempat kerjanya itu pada setiap hari, adakah ia masih diharuskan menjamak dan mengqasar solatnya?

2. Adakah berdosa seorang suami yang tidak memberi nafkah kepada isterinya, kerana si isteri seorang yang mampu dan dia reda tidak diberikan nafkah, malahan si isteri itulah yang lebih banyak mengeluarkan wang untuk keperluan makan minum, pelajaran anak-anak, kenderaan, rumah tempat kediaman dan sebagainya ?

ISERI YANG SALIH, P.J

Bolehkah kita amalkan ajaran melalui mimpi ?

Soalan ;
Bolehkah kita beramal dengan ajaran yang didapati melalui mimpi ?

INGIN TAHU, Perlis