Pages - Menu

Memaparkan catatan dengan label aurat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aurat. Papar semua catatan

Isnin, 25 Februari 2013

Apa yang dikatakan ajnabi dan mahram.


Soalan :

1. Saya ingin tahu apakah yang dikatakan ajnabi ?

2. Orang yang tidak berwuduk diharamkan memegang dan membawa Mashaf (al-Quran). Bagaimana kanak kanak kecil yang belajar al-Quran, adakah diwajibkan juga berwuduk ?

3. Benarkah seorang wanita tidak boleh melakukan puasa sunat tanpa izin suaminya ? Bagaimana pula dengan puasa kadak bulan Ramadhan ?

Zainab Abu Kasin, Taiping Perak

Adik Ipar dengan Abang Ipar


Soalan :

1. Adakah seorang adik ipar dengan abang ipar dikira muhrim atau bukan ?

2. Adakah saya perlu menutup aurat kiranya berhadapan dengannya ?

Ahad, 24 Februari 2013

Wanita mandi berkemban di paip umum


Soalan :

1. Di kampung saya belum ada bekalan air paip ke rumah-rumah kecuali air paip kerajaan yang diletakkan di tepi jalan di kawasan-kawasan tertentu. Dalam hubungan ini ada setengah kaum ibu yang mandi di tempat yang terdedah itu, tetapi dia dalam keadaan berkemban. Setengah kaum bapa pula mandi dengan hanya berseluar pendek.

Apakah pandangan Islam dalam perkara yang saya sebutkan di atas ?

2. Di kampung saya juga kebanyakkan rumah tidak mempunyai tandas yang khas. Kebanyakkan mereka membuang air besar di merata-rata tempat di kebun, di celah pokok mengkuang atau di balik pokok.

Apa pula pandangan Islam mengenai hal ini ?

HAMBA ALLAH
;

Jawapan :

1. Mandi di tempat yang terbuka dengan mendedahkan aurat itu hukumnya adalah haram. Perempuan yang berkemban dan lelaki yang memakai seluar pendek kedua duanya itu masih dikira belum menutup aurat.

Wajib diusahakan untuk mengadakan tempat mandi khas supaya orang mandi terlindung daripada orang ramai. Sabda Nabi s.a.w maksudnya :
"Tiada ada seorang perempuan yang menanggalkan pakaianya selain dari rumahnya kecuali dia membuka di antaranya dengan Allah." - (Riwayat Tarmizi)

2. Orang yang membuang air besar atau kecil di luar bilik khas terikat dengan beberapa peraturan. Iaitu antaranya jangan di dalamnya ada makhluk yang tinggal jika dilakukan menjadi satu penganiayaan, jangan mengadap atau membelakangi kiblat dan juga matahari.

Bagaimanapun jika membuang air besar itu menjadi amalan ramai orang di sebuah kampung atau sesuatu tempat, maka ia boleh dihukumkan haram jika dengan perbuatan itu boleh menyebabkan terjejasnya kesihatan penduduk setempat lantaran kuman bertaburan sama ada di bawa oleh angin atau dipijak terutama kanak kanak yang belum berakal. Firman Allah maksudnya :
"Dan janganlah kamu campakkan dirimu ke dalam kebinasaan" (al-Baqarah: 195)
Oleh itu menjadi kewajipan bagi penduduk kampung anda itu untuk membina tandas bagi kegunaan membuang najis. Sabda Nabi s.a.w maksudnya :
"Islam itu bersih, maka jagalah kebersihan kerana tidak masuk syurga melainkan orang bersih (menjaga kebersihan) "