Soalan :
1. Adakah seorang adik ipar dengan abang ipar dikira muhrim atau bukan ?
2. Adakah saya perlu menutup aurat kiranya berhadapan dengannya ?
Jawapan :
1. Dikira tidak muhrim, kerana apabila putus perkahwinan di antara kakak saudari dengan suaminya itu maka saudari layak dan sah berkahwin dengannya.
Dan sebagai orang yang bukan muhrim, maka wajib dijaga segi pergaulan dengannya mahupun aurat di hadapannya.
Juga tidak boleh berada serumah berdua duaan tanpa ada orang yang dapat menjadi saksi. Seorang adik ipar tidak boleh bergaul secara bebas dengan abang iparnya kerana boleh menimbulkan fitnah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan