Pages - Menu

Selasa, 10 Februari 2015

Apakah erti mufarrakah?

Soalan

1. Apakah mufarrakah ?
2. Yang mana lebih afdal, sembahyang berjemaah di masjid  tetapi imamnya tidak melaksanakan peraturan tutup aurat terhadap isteri dan anak perempuannya, atau sembahyang di rumah sahaja bersama ahli keluarga.

Mohd Akhbar b. Ahmad,
Kg. Baru, Negeri Sembilan.



Jawab

1. Maksudnya 'Mufaraqah' ialah 'memisahkan diri' daripada sesuatu atau meninggalkan sesuatu. Adapun di dalam istilah syariat dalam masalah ibadah ialah memisahkan diri atau membatalkan niat untuk terus mengikut imam atau untuk menjadi makmum kepada seseorang imam ketika sedang solat.

Contohnya sedang kita mengikut imam, tiba tiba kita melihat atau mendapati imam tersebut tidak layak atau tidak boleh kita ikuti kerana kekurangan atau kesilapannya yang menyebabkan sembahyang kita menjadi terbatal atau tidak sah sekiranya kita terus mengikutinya, maka ketika itu kita hendaklah 'mufaraqah', kita niat tidak mahu ikutnya dan lalu kita teruskan juga sembahyang itu dengan niat sembahyang seorang diri dan segala perbuatan kita tidak lagi kita ikut imam, kita lakukan sendiri. Sembahyang kita sah.

2. Sembahyang berjemaah di masjid adalah lebih utama daripada sembahyang di rumah bersendiri atau berjemaah dengan anak isteri (keluarga), kecuali atas beberapa sebab di antaranya ialah sekiranya kita dapati terdapat beberapa kekurangan kepada imam itu seperti imam fasiq (melakukan dosa besar atau mengekalkan dosa kecil atau berperangai tidak senonoh), imam tidal bersunat, imam ahli bidaah (yang tidak sampai kepada murtad, cuma sekadar dosa sahaja), imam yang tidak fasih membaca al-Quran (terutama al-Fatihah), imam yang was was, imam yang dibenci oleh sebahagian makmum, imam-imam tersebut adalah makruh diikuti berjemaah sembahyang dengannya, walaubagaimanapun kalau kita ikutinya juga sembahyang kita sah.

Tiada ulasan: