Pages - Menu

Khamis, 28 Februari 2013

Haid belum kering sudah puasa



Soalan :

1. Seorang wanita telah didatangi haid selama 7 hari. Kemudian ia mandi wajib dan mengerjakan sembahyang serta menunaikan puasa ( di bulan Ramadhan ). Dua hari kemudian haidnya datang semula selama dua hari ( warnanya menunjukkan ianya hampir habis ). Masalahnya puasanya selama dua hari yang telah ditunaikan itu sebelum ia datang haid yang kedua itu sah atau tidak ? Adakah ianya wajib dikada atau tidak ?

Rosa 88, Perak

Suruh orang, tapi dia tak buat


Soalan :

1. Apakah hukumnya seseorang itu memakai bauan wangi yang tidak disukai oleh orang lain, sedangkan kita disunatkan memakai bauan wangi ketika sembahyang ?

2. Apakah hukumnya jika seseorang itu menyuruh orang lain sembahyangkan hajat untuknya sedangkan ianya tidak ikut serta dalam sembahyang itu ?

Hamba Allah yang daif, K.K

Hukum kanak kanak berjual beli



Soalan :

1. Apakah hukumnya kita menyuruh anak kecil untuk membeli barang keperluan harian ? Sahkan jual beli yang dilakukan oleh kanak kanak itu ?

Sutris Amijaya, Kuching, Sarawak

Soal pindah darah


Soalan :


1. Bagaimanakah hukumnya darah orang yang bukan beragama Islam dimasukkan ke dalam tubuh orang yang beragama Islam ?

Badrul Hisyam, Taiping, Perak.

Rabu, 27 Februari 2013

Berjemaah bersama keluarga atau ke masjid ?


Soalan :

1. Mana lebih afdal di antara sembahyang berjemaah di rumah dengan anak isteti, atau berjemaah ke surau atau masjid ?

Kamaruddin, Johor Bahru

Siapa beri syafaat pada hari kiamat ?

Soalan :

1. Saya ingin tahu, selain daripada Nabi Muhammad s.a.w siapakah lagi orang-orang yang akan memberikan syafaat kepada manusia pada hari kiamat ?

2. Apakah makna kalimah-kalimah Syaikh, walid, ummi dan akhuya ?

FATIMAH MUSTAFA,
Pekan, Pahang Darul Makmur.

Cerai, siapa patut bayar zakat fitrah.


Soalan :

1. Siapakah yang bertanggungjawap mengeluarkan zakat fitrah ke atas seorang anak jika ibu bapanya telah bercerai dan anak itu tinggal bersama ibunya.

2. Berhubungan dengan perkara di atas jika ibu beranggapan (difahaminya) zakat si anak itu wajib dikeluarkan oleh si bapa, tetapi si bapa pula beranggapan perkara itu menjadi kewajipan si ibu. Jadi zakat fitrah ke atas anak itu tidak di keluarkan sehingga ia menjadi tanggung jawap anak itu sendiri. Apakah hukumya ke atas ibu dan bapa ini.

Selasa, 26 Februari 2013

Siapa berhak ambil anak selepas cerai ?


Soalan :

1. Seandainya berlaku penceraian antara suami isteri dan mereka mempunyai anak, siapakah yang berhak memelihara anak itu ?

Harap mendapat penjelasan yang ternag beserta dengan nas nas daripada al-Quran atau Hadis.


Bolehkah kita bekerja di kilang buat arak ?


Soalan :

1. Bolehkah kita bekerja di kilang membuat minuman keras ?

Curi hak kafir tetap dosa


Soalan :

1. Ada seorang rakan seperjuangan saya berkata jika kita mengambil barang barang kepunyaan orang orang kafir maka tidak menjadi satu dosa kepada kita. Jadi harap Ustaz dapat memberikan penjelasan kepada saya sama ada benar atau tidak dakwaan rakan saya itu ?

2. Bagaimana dengan seseorang itu hanya duduk berdua duaan sambil berpegang tangan dan meraba raba bahagian kemaluan teman wanitanya itu, adakah ia sama juga dengan dosa zina ?

MOHD. AKHIR, Tanah Liat, Bukit Mertajam, S. Perai.

Isnin, 25 Februari 2013

Membaca hadis nabi sewaktu datang bulan


Soalan :

1. Seseorang yang sedang haid itu dilarang memegang al-Quran dan membacanya, bagaimanakah kalau saya membaca hadis Nabis s.a.w ?

Norimah Ahmad, Gerik, Perak.

Tinggalkan sembahyang kerana suami


Soalan :

1. Apakah hukumnya seorang isteri meninggalkan sembahyang kerana melayan suaminya umpamanya menyediakan makanan suami serta melayani (hubungan suami isteri).

2. Apakah hukumnya bagi orang Islam yang bekerja sebagai pembantu rumah di rumah orang yang bukan Islam. ia masakkan makanan yang haram (daging babi) pada majikannya tetapi tidak memakan makanan haram tadi.

Suriya Murni, Tawau, Sabah.

Haram menghantar orang ke tempat judi


Soalan :

1. saya bekerja sebagai pemandu teksi. Apakah hukumnya jika ada penumpang yang meminta saya supaya menghantarnya ke tempat tempat haram seperti kasino atau tempat perjudian yang lain ?

Yang Musykil, Petaling Jaya

Wajibkah solat jika keguguran ?



Soalan :

1. Saya telah hamil tiga bulan, tiba tiba keluar darah dari rahim saya. Saya telah berjumpa doktor dan doktor menyatakan, mungkin saya akan keguguran.

Soalan saya, adakah saya masih diwajibkan solat dalam keadaan demikian ? kalau wajib bagaimana cara saya bersuci ? Adakah saya diwajibkan mandi ?

Mariam Kasman., Negeri Sembilan

Membilas pakaian untuk sembahyang.


Soalan :

1. Ada seseorang memberitahu saya, bahawa pakaian yang tidak bersiram (iaitu melakukan air yang bersih selepas dibasuh) adalah tidak sah sembahyang. Adakah itu betul ?

2. Bagaimana pula pakaian yang dibasuh dengan mesin basuh ? Tolong beri penjelasan selengkapnya.

Yang Musykil, Besut Terenganu

Apa yang dikatakan ajnabi dan mahram.


Soalan :

1. Saya ingin tahu apakah yang dikatakan ajnabi ?

2. Orang yang tidak berwuduk diharamkan memegang dan membawa Mashaf (al-Quran). Bagaimana kanak kanak kecil yang belajar al-Quran, adakah diwajibkan juga berwuduk ?

3. Benarkah seorang wanita tidak boleh melakukan puasa sunat tanpa izin suaminya ? Bagaimana pula dengan puasa kadak bulan Ramadhan ?

Zainab Abu Kasin, Taiping Perak

Adik Ipar dengan Abang Ipar


Soalan :

1. Adakah seorang adik ipar dengan abang ipar dikira muhrim atau bukan ?

2. Adakah saya perlu menutup aurat kiranya berhadapan dengannya ?

Suami meninggal setelah isteri diceraikan


Soalan :

1. Oleh kerana luka, salah satu anggota badan saya telah ditampal dengan plaster. Ini menyebabkan saya tidak dapat untuk mengambil air sembahyang secara keseluruhannya. Bagaimanakah hukumya ?

2. Bolehkah kita memakan ketam ketam yang dijual di pasar kerana lazimnya orang india yang gemar memakannya ?

3. Jika seorang suami menceraikan isterinya dengan talak ruj'ie tetapi beberapa hari kemudian suaminya meninggal dunia. Adakah berubah idah bagi si isteri dengan kematian suaminya itu ?

Salsiah, Keramat, Kuala Lumpur.



Jawapan :

1. Anda adalah diwajibkan mengambil air sembahyang dan untuk menggantikan tempat yang tidak terkena air itu anda hendaklah bertayamum dan semua sembahyang yang ditinggalkan selama itu hendalah dikadakan.

2. Ketam ketam yang dijual itu tidak halal dimakan kerana ia hidup dengan dua keadaan iaitu di darat dan air, hukumya adalah haram di makan oleh orang Islam.

3. Idah isteri itu akan berubah kepada idah cerai mati iaitu jika wanita itu mengandung maka habis idahnya ialah selepas melahirkan anak tetapi jika tidak mengandung idahnya ialah empat bulan sepuluh hari.

Hukum jadi anak angkat bukan Muslim


Soalan :

1. Apakah dibolehkan oleh hukum syarak sekiranya saya menjadi anak angkat kepada satu keluarga bukan Islam ?

2. Sekiraya saya berbuat kebaikan dengan mereka, apakah kebaikan itu di beri balasan pahala oleh Allah sebagaimana kebaikan yang saya lakukan kepada orang yang beragama Islam ?

3. Bolehkah saya mendoakan untuk mereka semoga diberikan hidayah oleh Allah sehingga mereka menganut agama Islam ?

MUHAMMAD JAMAL, KOTA KINABALU.



Jawapan :

1. Menjadikan diri kita sebagai anak angkat kepada keluarga lain dengan erti kata kita tinggal serumah bersama mereka, sebenarnya tidak di galakkan dalam Islam, sama ada keluarga itu terdiri dari orang Islam atau bukan Islam.

Keburukkan yang mungkin berlaku dan sukar dielakkan apabila kita tinggal dengan keluarga angkat ialah pergaulan bebas yang boleh mendatangkan dosa. Kerana apabila seorang lelaki berhadapan dengan seorang wanita yang bukan muhrim sekalipun ia telah dianggap sebagai ibu angkat atau kakak atau adik angkat, hukumnya tetap berdosa, sekiranya peraturan peraturan syarak yang berkaitan dengannya tidak dipatuhi.

Peraturan peraturan syarak yang dikenakan kepada mereka itu antaranya ialah mengenai penutupan aurat, tidak boleh bergurau senda, tidak boleh duduk berdua duaan dan sebagainya.

Jika keluarga angkat bukan Islam, maka ini ditambah pula kesulitan yang mungkin timbul dalam masalah makan minum dan kebersihan yang tidak terjamin mengikut hukum syarak.

2. Melakukan kebaikan kepada orang bukan Islam, insya-Allah diberikan pahala sebagaimana kebaikan yang kita lakukan kepada orang Islam dengan syarat disertakan dengan niat yang ikhlas. Rasulullah s.a.w sendiri menyuruh kita berbuat baik kepada haiwan, apatah lagi kepada manusia sekalipun mereka bukan Islam. Sabda Nabi Muhammad s.a.w maksudnya : 
"Kasihanilah siapa yang ada di bumi, pasti engkau akan dikasihi oleh siapa yang ada di langit".
Rangkaikata "siapa yang ada di bumi" adalah umum sama ada Muslim atau bukan Muslim.

3. Ya, anda memang dibolehkan untuk mendoakan orang bukan Islam supaya mendapat hidayah. Dan doa dalam bentuk inilah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w terhadap orang-orang kafir dengan doanya yang masyhir :
"Allahummahdi qaumi fa-innahum la ya'lamun" (Ya Allah, berikanlah hidayah kepada kaumku, kerana mereka tidak mengetahui).


Islam agama yang benar di sisi Allah


Soalan :

1. Di dalam dunia ini ada banyak agama dan setiap pengikut agama itu mendakwa ajaran agamanya yang betul. Semua agama itu pula mempunyai kepercayaan mengenai ketuhanan yang berbeza beza di  antara satu agama dengan satu agama yang lain.

2. Apakah ukuran yang mesti kita gunakan untuk menetukan bahawa kepercayaan mengenai ketuhan dalam Islam itu betul? Dan, bolehkah diterima pendapat golongan yang menyatakan semua agama di dunia ini betul?

INGIN KEPASTIAN, KK (S)



Jawapan :

 Mempercayai adanya Tuhan sebenarnya memang satu naluri pada setiap jiwa insan, sama ada yang hidup pada zaman primitif mahupun yang bertamadun. Orang yang menganut ideologi komunisme sendiripun, walau lisan dan otaknya cuba menafikan wujudnya Tuhan, namun hati kecilya tetap menyakini Tuhan itu ada !

Kepercayaan bahawa Tuhan itu ada, tidak dapat dikikis dari lubuk hati manusia, cuma kadang-kadang ia akan tenggelam dan menjadi lemah kerana kesombongan manusia itu, tetapi ia akan timbul semula ketika seseorang itu dalam keadaan menempuh bahaya yang tidak mungkin dapat diatasi oleh kewibawaan dirinya atau pertolongan orang lain.

Umpamanya ketika seseorang itu sedang berada di tengah lautan tia-tiba datang ombak dan gelombang yang dasyat. Ketika itu diri mereka lemah, tidak ada sesiapa yang boleh menolong malainkan hanya kuasa di sebalik yang ada ini. Ketika itulah manusia menyeru Tuhan supaya menolong dan meyelamatkannya dari bahaya.

Gambaran itu atau yang seumpamanya pernah dialami dan terus akan dialami oleh manusia yang hidup di dunia ini. Sungguh benar firman Allah di dalam al-Quran maksudnya : 
"Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain daripada Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah; dan memang manusia sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah)" (Surah al-Isra' :67)
Kepercayaan mengenai wujudnya Tuhan itu, bagaimanapun tidak menepati kepada hakikat yang sebenarnya kecuali dengan pimpinan dan petunjuk Allah itu sendiri. Kalau hanya berpandukan kepada bisikan naluri, maka timbul pelbagai kepercayaan mengenai Tuhan itu sehingga ada yang boleh digambar atau dibentuk dengan sesuatu jisim, kemudian disembahnya.

Contoh yang mudah bagi menjelaskan hal itu, katakanlah kita sedang berasa di dalam sebuah rumah, pintu dan tingkap semuanya tertutup rapat. Tiba-tiba kita mendengar suara orang berjaan di luar rumah, lalu dia mengetuk pintu bertalu-talu. Kita percaya di luar ada orang datang, tetapi tahukah kita siapakah orangnya?

Waktu itu tentulah timbul pelbagai sangkaan di hati kita. Mungkin dia orang baik, mungkin orang jahat, mungkin orang bisu, mungkin orang gila dan pelbagai macam sangkaan lagi.

Kita tidak akan mengenali orang itu denga tepat kecuali dia sendiri mengenalkan dirinya kepada kita. Demikianlah juga dengan kepercayaan kepada Tuhan itu yang telah sedia ada di lubuk hati, sebagai naluri yang dibekalkan oleh Allah, kita tidak akan mengenali-Nya dengan tepat kecuali berpandukan kepada pengenalan Tuhan itu sendiri kepada kita.

Dalam hubungan inilah. Allah telah mengenalkan diri-Nya melalui Rasul-rasul sejak Nabi Adam dan berakhir kepada Nabi Muhammad s.a.w Allah berfirman maksudnya :
"Katakanlah (wahai Muhammad); (Tuhanku) ialah Allah Yang Esa. Allah menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tiada ada sesiapa pun yang berbanding dengan-Nya"
Banyak lagi ayat-ayat yang lain sebagai kenyataan daripada Allah, mengenai sifat-sifat-Nya. Dengan berpandukan kepada wahyu Ilahi itulah, maka barulah kita dapat mengenali Allah, Tuhan yang sebenar yang wajib kita sembah dan kita patuhi.

Kemudian, anda mesti faham, bahawa agama di dunia ini ada dua, iaitu agama ciptaan manusia dan agama yang diturunkan Allah yang dipanggil sebagai " Din Samawi" atau "Dinullah" dan akhirnya dikenali dengan nama "Dinul Islam".

Agama ciptaan manusia berpecah pula kepada beberapa jenis dan agama-agama ini mempunyai kepercayaan tentang tuhan yang berbeza-beza antara satu sama lain, kerana penganjur atau pengasasnya hanya berpandukan kepada perasaan dan khayalan atau paling tinggi berpandukan kepada akal fikiran.

Adapun kepercayaan menerusi agama yang diturunkan oleh Allah sejak daripada Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan berakhir kepada Nabi Muhammad s.a.w semuanya mempunyai persamaan tentang akidah Tauhid (keesaan Allah s.w.t)

Hakikat ini tentu jelas membuktikan bahawa Islam satu satunya agama yang betul. Allah itu pula Tuhan Yang Tunggal, Esa, tiada tuhan yang lain melainkan Dia. Firman Allah maksudnya :
"Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah ialah Islam." (Surah Ali 'Imran: 19).
 "Dan sesiapa yang mencari agama selain Islam, maka sekali tidak diterima oleh Allah dan dia pada hari akhirat kelak termasuk golongan yang rugi." (Surah Ali 'Imran: 85).

Ahad, 24 Februari 2013

Wanita mandi berkemban di paip umum


Soalan :

1. Di kampung saya belum ada bekalan air paip ke rumah-rumah kecuali air paip kerajaan yang diletakkan di tepi jalan di kawasan-kawasan tertentu. Dalam hubungan ini ada setengah kaum ibu yang mandi di tempat yang terdedah itu, tetapi dia dalam keadaan berkemban. Setengah kaum bapa pula mandi dengan hanya berseluar pendek.

Apakah pandangan Islam dalam perkara yang saya sebutkan di atas ?

2. Di kampung saya juga kebanyakkan rumah tidak mempunyai tandas yang khas. Kebanyakkan mereka membuang air besar di merata-rata tempat di kebun, di celah pokok mengkuang atau di balik pokok.

Apa pula pandangan Islam mengenai hal ini ?

HAMBA ALLAH
;

Jawapan :

1. Mandi di tempat yang terbuka dengan mendedahkan aurat itu hukumnya adalah haram. Perempuan yang berkemban dan lelaki yang memakai seluar pendek kedua duanya itu masih dikira belum menutup aurat.

Wajib diusahakan untuk mengadakan tempat mandi khas supaya orang mandi terlindung daripada orang ramai. Sabda Nabi s.a.w maksudnya :
"Tiada ada seorang perempuan yang menanggalkan pakaianya selain dari rumahnya kecuali dia membuka di antaranya dengan Allah." - (Riwayat Tarmizi)

2. Orang yang membuang air besar atau kecil di luar bilik khas terikat dengan beberapa peraturan. Iaitu antaranya jangan di dalamnya ada makhluk yang tinggal jika dilakukan menjadi satu penganiayaan, jangan mengadap atau membelakangi kiblat dan juga matahari.

Bagaimanapun jika membuang air besar itu menjadi amalan ramai orang di sebuah kampung atau sesuatu tempat, maka ia boleh dihukumkan haram jika dengan perbuatan itu boleh menyebabkan terjejasnya kesihatan penduduk setempat lantaran kuman bertaburan sama ada di bawa oleh angin atau dipijak terutama kanak kanak yang belum berakal. Firman Allah maksudnya :
"Dan janganlah kamu campakkan dirimu ke dalam kebinasaan" (al-Baqarah: 195)
Oleh itu menjadi kewajipan bagi penduduk kampung anda itu untuk membina tandas bagi kegunaan membuang najis. Sabda Nabi s.a.w maksudnya :
"Islam itu bersih, maka jagalah kebersihan kerana tidak masuk syurga melainkan orang bersih (menjaga kebersihan) "

Menghalalkan zina, minum arak menjadikan seseorang murtad


Soalan.
1. Saya ingin mengetahui pengertian murtad? Apakah ciri-ciri yang boleh menyebabkan seseorang itu murtad?

2. Saya selalu bimbang kalau-kalau saya menjadi murtad kerana kadangkala hati saya berasa ragu-ragu terhadap wujudnya Tuhan, begitu juga ragu terhadap kesempurnaan Islam. Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini?
YANG MUSYKIL


Jawapan.

1. Murtad bermakna ditolak, yakni orang Islam yang terkeluar dari agamanya sebab berpindah kepada agama lain atau dalam keadaan tidak beragama (menjadi aties atau tidak mempercayai wujudnya Tuhan) sedangkan dia sebelumnya beragama Islam. Orang yang murtad memperolehi sebesar-besarnya dosa yang tidak diampunkan oleh Allah, kecuali benar-benar bertaubat dan kembali kepada Islam. Wal 'iyazu billah min zalik. Firman Allah maksudnya
" Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasaah segala amalan mereka (yakni amalan yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya selama-lamanya" (Surah al-Baqarah:217)
Ciri-ciri yang menyebabkan seseorang Muslim itu menjadi murtad ialah :

  • Dengan perbuatan yang mengkafirkan seperti sujud kepada berhala, menyembah bulan atau mahatari, batu dan sebagainya.
  • Dengan perkataan yang megkafirkan seperti menghina Allah dan Rasul-Nya, memperolok-olokkan hukum dalam al-Quran sebagai kolot dan ketinggalan zaman atau sebagainya.
  • Dengan iktikad (keyakinan) seperti menyakini alam ini kekal, Allah itu baru, menghalalkan zina, menghalalkan minum arak atau mengharamkan perkara yang halal (yang telah disepakati oleh ulama) 
2. Pelajarilah hukum-hukum Islam menerusi guru yang mursyid, yakni guru agama yang alim dan beriman serta menghayati ilmunya. Ikhlaskan diri kepada Allah, jangan takbur dan sombong. Mohonlah hidayah kepada Allah, tunaikanlah solat lima waktu dan laksanakan lah seberapa daya upaya tuntutan tuntutan syarak yang lainnya. Hindarkanlah diri daripada melakukan maksiat. Di samping itu, bergaullah dengan orang salih.

Dengan cara demikian, insya-Allah anda akan mencapai tahap istiqamah (mantap dalam beragama)