Pages - Menu

Selasa, 10 Februari 2015

Hikmat Wukuf di Arafah

Soalan

Apakah hikmat wukuf di Padang Arafah ?

Salbiah,
Kg. Datuk Keramat,
Kuala Lumpur.






Jawapan :
Untuk mengetahui apakah hikmat wukuf di Padang Arafah, cuba kita perhatikan sebuah hadis Qudsi yang menceritakan bahawa Allah berkata kepada para Malaikat di Padang Arafah :
" Wahai malaikat-malaikat-Ku, kamu lihat di Padang Arafah pada ketika ini, hamba-hamba-Ku datang dari segenap ceruk rantau yang jauh dengan keadaan kusut masai, membawa dosa yang banyak dan amalan yang buruk dari negeri mereka. Mereka ini sedang memohon keampunan dari-Ku, maka hendaklah engkau ampunkan walaupun dosa mereka sebesar padang pasir ini. Begitu juga perkenankanlah segala doa-doa dan makbulkan permohonan mereka."

Gambaran di Padang Arafah pada masa haji sama seperti Padang Mahsyar, mereka berpakaian seba putih dan tinggal di khemah tanpa sempadan. Mereka seorang hidup berjiran walaupun datang dari ceruk rantau yang berlainan. Realiti hidup di Padang Arafah memang menyiksakan tetapi membawa kesedaran. Ini diharapkan kepada bakal haji agar mereka menebalkan iman, sentiasa menyerahkan diri kepada Allah.

Boleh dikatakan mereka yang wukuf di Padang Arafah ini berasa diri terlalu kecil ditengah jutaan manusia yang berebut-rebut untuk mendapatkan keampunan Allah.

Tiada ulasan: