Pages - Menu

Selasa, 10 Februari 2015

8 Zulhijah tidak disunatkan berpuasa.

Soalan.
Benarkah tarikh 8 dan 9 Zulhijah kita disunatkan berpuasa ?

Mohd Radzi Arif,
Shah Alam







Jawapan
Sebenarnya pada tarikh 8 Zulhijah, kita tidak disunatkan berpuasa kerana tidak ada hadis atau keterangannya yang menyatakan pada hari tersebut berpuasa. Bagaimanapun ada keterangan yang menyatakan Rasulullah berpuasa dan menyuruh orang lain berbuat demikian pada 9 Zulhijah. Cuba kita perhatikan pada hadis yang diberikan ini. Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyebut:
" Telah berkata : Ummil Fadhli: Sahabat sahabat syak tentang puasa Nabi S.A.W pada hari Arafah, maka aku mengirimkan susu kepadanya lalu ia meminumnya ketika ia berkhutbah di hadapan orang ramai di Arafah."
Sementara itu hadis riwayat R. Jamaah pula bermaksud :
" Puasa Hari Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun; tahun yang telah sudah dan tahun akan datang."
Manakala hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Nasa.i dan Tarmizi pla bermaksud:
" Hari Arafah dan tanggal 9 Zulhijah dan hari Tasriq adalah hari raya kaum Islam, iaitu hari makan dan minum."
 Menurut keterangan riwayat hadis Ummu Fadhli, Rasulullah S.A.W tidak berpuasa pada hari itu manakala menurut riwayat R. Jamaah pula nyata pula bahawa berpuasa pada 9 Zulhijah itu sunat. Manakala hadis Ahmad, Abu Daud, Nasa.i dam Tarmizi pula menegaskan pada hari tersebut adalah hari umat Islam berhari raya. Oleh yang demikian kita dilarang berpuasa.

Untuk menjelaskan hal ini, keputusannya tidaklah sunat berpuasa pada tanggal 9 Zulhijah bagi orang yang mengerjakan Haji dan tidak disunatkan kepada mereka yang mengerjakan haji. Ini bermakna bahawa hari Arafah dan hari hari Tasriq itu Hari Raya atau hari kebesaran bagi mereka yang mengerjakan Haji.

Tiada ulasan: