Pages - Menu

Isnin, 25 Februari 2013

Haram menghantar orang ke tempat judi


Soalan :

1. saya bekerja sebagai pemandu teksi. Apakah hukumnya jika ada penumpang yang meminta saya supaya menghantarnya ke tempat tempat haram seperti kasino atau tempat perjudian yang lain ?

Yang Musykil, Petaling Jaya




Jawapan :

Seandainya anda pasti bahawa penumpang itu pergi ke tempat haram seperti ke tempat judi dan dia akan membabitkan diri dalam kerja haram itu maka hukumnya haram anda menghantarnya ke sana, bahkan anda wajib menasihatinya.

Firman Allah maksudnya :
"Bertolong tolanganlah dalam perkara kebajikan dan takwa. Janganlah pula bertolong tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah itu amat keras seksa-Nya" - (Surah al-Maidah:2)

Firman-Nya lagi bermaksud :
"Demi masa. Sesungguhnya setiap manusia itu dalam kerugian kecuali orang orang yang beriman, beramal salih, berpesan pesan dengan kebenaran dan berpesan pesan dengan kesabaran"- (Surah al-Asri:1-3)

Tiada ulasan: