Soalan.
1.Adakah emak saya berdosa tidak mengakui saya ini anaknya walaupun dengan tidak sengaja ataupun berpura pura sedangkan saya ini anaknya yang saha.
2. Mendengar perkataan itu saya terlalu marah dan benci dengan perbuatannya itu. Adakah saya berdosa.
Rubiah Seman,
Kuala Lumpur.
Jawapan
1. Sekiranya anda anak kepada ibu tersebut maka anda tetap anaknya walaupun ibu anda tidak mengaku anda sebagai anaknya. Sekiranya anda bukan anaknya maka anda tetap bukan anaknya walaupun ibu berkenaan mengaku anda sebagai anaknya. Dalam hal ini manusia tidak usahlah berdolak dalik kerana Allah S.W.T mengetahui segala galanya baik yang zahair mahuoun yang batin.
2. Walaupun ibu anda tidak mengaku anda sebagai anak maka anda tidak boleh sama sekali memarahinya dan apa lagi dimarahinya. Kerana perbuatan itu tergolong ke dalam sikap anak yang derhaka. Sekiranya anda telah berbuat dan bersikat demikian maka cepat cepatlah kembali kepada Allah S.W.T . Semoga anda terlepas dari sikap anak yang derhaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan