1.Seorang yang bekerja di tempat yang jauhnya lebih daripada dua marhalah dari kediamannya. Dia terpaksa berulang-alik dari rumah ke tempat kerjanya itu pada setiap hari, adakah ia masih diharuskan menjamak dan mengqasar solatnya?
2. Adakah berdosa seorang suami yang tidak memberi nafkah kepada isterinya, kerana si isteri seorang yang mampu dan dia reda tidak diberikan nafkah, malahan si isteri itulah yang lebih banyak mengeluarkan wang untuk keperluan makan minum, pelajaran anak-anak, kenderaan, rumah tempat kediaman dan sebagainya ?
ISERI YANG SALIH, P.J
Jawapan:
1. Ya, ia masih diharuskan menjamak dan mengqasar solatnya kerana ia masih dianggap sebagai musafir.
2. Seorang suami wajib memberi nafkah kepada isteri dan anak- anak dalam hal makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Demikianlah hukum yang asal. Tetapi kiranya isteri seorang yang berkemampuan dan reda tidak diberikan nafkah, malahan dia sanggup mengeluarkan perbelanjaan untuk diri dan keluarga, maka ini tidak menjadi dosa kepada suami dan isteri pula beroleh pahala dengan syarat ikhlas dan tidak mengungkit- ungkit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan